Wednesday, December 2, 2009

AKU BUKAN ORANG SUCI-end

Bunga kemboja jatuh di atas pusara Julie.Aku duduk berteleku di atas tikar dan menangis sendiri di pusara Julie.Kenapa kau pula yang meninggalkan aku Julie.Mula-mula M sekarang kau apa salah ku ya tuhan mungkin kerana dosa ku yang terdahulu.Ya tuhan aku mahu kembali ke jalan mu dan berikanlah aku peluang ke dua untuk bertaubat.

Aku pulang ke rumah dan mengemas semua barang-barang kenangan aku bersama julie dan ku simpan ia kemas didalam kotak.Esoknya aku pergi ke pantai Morib dan ku hanyutkan segala barang kenangan aku bersama Julie.Pergilah sayang,aku doakan kau bahagia di sana dan tenang di Jannah kelak.Ini adalah hari terakhir aku menjadi Lisa yang pernah kau kenal esok aku akan berubah menjadi Lisa yang baru Lisa yang cuba menerima Qada dan qadar tuhan.

No comments:

Post a Comment