Tuesday, December 1, 2009

AKU BUKAN ORANG SUCI-2

Balik dari makan malam itu aku terus masuk ke dalam bilik malas hendak melayan Julie yang sedang merokok di beranda apartment.Aku terus menghadap lap top dan membuka folder gambar aku dengan M yang ku sorok dengan kemas kerana tidak mahu Julie tahu.Hampir merebes air mata ku keluar apabila melihat gambar-gambar aku bersama M tempoh hari ketika hari jadi M.Memang tidak ku nafikan M menang kacak dan menarik.Jika berjalan dengan M setiap perempuan memandangnya dua kali.

Aku membuka email dan berniat untuk menghantar email kepada M.Aku menulis email itu dengan perasaan yang amat sakit bagaikan dihiris sembilu dan air mata ku tidak berhenti mengalir.Hujan di luar seakan memahami yang aku sedang murung.


M,
Ketika kau membaca email ini mungkin kau juga akan merasakan apa yang aku rasa sekarang.Aku rasa cukuplah sampai disini hubungan kita.Maafkan aku bukan niat ku untuk datang dan mengetuk pintu hatimu.Aku ingin membuat satu pengakuan kepada dirimu.Sebenarnya di sebalik senyum ku terselit satu rahsia yang akan membuatkan dirimu merasa jijik pada diri ku.M aku tidak pernah merasakan kasih sayang lelaki.Selepas arwah ayah meninggal aku terus belajar sehingga aku dapat menjawat jawatan sebegitu.Dan selama aku belajar emak lah yang selalu memberi aku semangat.3 tahun lepas aku bertemu dengan Julie ketika aku turun pesawat dari London.Semua ini terjadi dengan secara tidak sengaja.Kami berhubung dan semakin hari aku di goda oleh Julie.Dan perasaan lain mula timbul.Kami mengikat perhubungan kasih tahun lepas dan sehingga sekarang kami masih berhubungan dan kami tinggal sebumbung.Kau fahamkan M apa maksud ku.Ye aku menyukai kaum sejenis dengan nama lain LESBIAN.Maafkan aku M perasaan sayang aku terhadap mu telah bercambah sebagai mana perasaan aku kepada Julie.Tapi aku terpaksa memilih Julie.Maafkan aku kesekian kalinya.Mulai saat ini tak usahlah kau mencari aku lagi.Buatlah aku tidak pernah wujud didalam dunia mu.Biarkan aku undur diri dari kehidupan mu.Wasalam .
Nur Karlisa

No comments:

Post a Comment