Tuesday, September 14, 2010

♥ bukan diriku 1

Hari dah hampir petang,namun aku masih tetap di sini.di perpustakaan ini,aku kena habiskan juga tugas yang diberikan oleh pensyarah.Sebenarnya tugas aku sudah selesai dari tadi tapi ini tugas Azim dia yang meminta aku untuk menghabiskan tugasan dia.Kalaulah aku tak sayang dia mesti aku takkan buat tugasan ini,lagi pun bukan tugasan aku.Namun sebaliknya aku sangat mencintai Azim Cuma dia sahaja yang tidak pernah memberikan aku ruang untuk menjadi pendamping dirinya.Aku sedar siapa aku.aku sekadar gadis biasa yang tiada rupa yang cantik.

Setelah selesai membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku terus bergerak pulang ke hostel.Kelihatan Tila sedang sibuk membaca novel ombak rindu. “Hai,orang buat tugasan sampai pukul 5 petang je,ni sampai pukul 9.Kau buat Azim punya sekali kan?”Tila menyapa dengan nada kurang senang. “Alah sekali sekala.La,kau dah makan? Teman aku jom?” aku lapar ni weh.”balas ku sambil meraba-raba perut ku yang kempis. “hah tu lah engkau,orang fikir fasal kesihatan juga,ni buat tugasan orang sampai tak ingat makan.Jaga sangat hati Azim tu sampai matilah kau sakit tahu tak.”rungut Tila. “Alah jom teman aku makan.”kata ku sambil menarik tangan Tila.

Aku dan tila melangkah masuk ke dalam kafeteria yang lengang.Cuma ada satu meja yang penuh dengan budak-budak lelaki yang sangat riuh bersembang.Aku memandang ke arah meja yang di penuhi dengan teman-teman azim.Nah,azim ada di antara mereka.Tapi hati aku hampa apabila melihat Fatin di sebelah Azim.Mereka seakan pasangan bahagian.Aku tunduk dan berlalu ke counter dan memesan makanan.

“Zila,kau tengok tu.Azim sedap-sedap layan perempuan dekat sini.Kau susah-susah buat tugasan dia.Ee aku hempuk juga Azim ni.”bentak Tila geram."sudah lah tila,aku tolong dia pun sebab dia tak tahu nak buat."dalih aku."dah dah aku tahu kau suka dia,demi dia apa sahaja kau sanggup buat kan Zila?"kata Tila sambil menepuk perlahan bahu ku.