Wednesday, December 30, 2009

Setia aku korbankan-3


Hari ini,aku akan mulakan tugas di pejabat seperti biasa.Sebelum pulang ke Kuala Lumpur tempoh hari.Aku ada melihat Erman bersama seorang wanita.Wanita itu memang cantik dan seksi.’Ahh lelaki semua sama.Cakap manis.’getus ku didalam hati.Sejak hari itu aku tidak bertemu Erman lagi.”Zareen,after lunch karang kita ada meeting tau.Share partner papa nak kenalkan kita dengan our new architect.”ujar abang long sambik menghampiri sofa di dalam bilikku.”How’s your vacation princess?”tanya abang Long.Aku bangun sambil memandang ke arah tingkap yang mempamerkan pemandang KLCC.

“Ok jelah along.Dapatlah realease sikit kepenatan ni.Along how’s family?Rindu pula dekat kak long and misha.”rindu rasanya pada kakak ipar dan anak buah ku itu.”Nak jumpa dorang?Datanglah rumah along petang ni.Along maybe balik malam sikit kot ada dinner dengan client papa.”ujar along sambil menapak keluar dari bilik ku.”Yelah nanti,reen call kak long ok.”balas ku.Tiba-tiba lagu fantasi cinta dari khafi menjerit menandakan ada orang menelefon ku.Nama Tyha tertera.

“Hello,zareen.How are you?”Ujar tyha separuh menjerit.”Im great,you tyha?how’s melbourne huh ?”rinduku pada tyha tidak tertanggung.”All great.Hey,i baca your blog update.Whose leaving?Irham?”tyha memulakan topic.”Yeah leaving to Zurich.”balas ku acuh tak acuh.”Oh my god,dont be sad dear.Remember you promise me to be strong and no mo tears.Please yeah.i got to go.talk to you later.Take care bye.”pesan tyha sambil memutuskan talian.

Tyha merupakan teman karib ku.Dialah tempat untuk ku luah segala isi hati.Dia sekarang sedang belajar di melbourne.Jam tepat menunjukkan pukul 12.00.Aku seakan hilang selera makan apabila tyha mengikatkan aku soal Irham.Esok dia akan pergi jauh dari ku dnan terputuslah hubungan cinta yang sekian lama utuh.Setelah tamat waktu jam makan siang,aku terus masuk ke dalam bilik mesyuarat.Kelihatan papa sedang berbual bersama dato anwar khalid yang merupakan teman papa dan share partner papa dalam projek rumah banglo ALAM MAJU.Aku mengambil tempat di sebelah along.

“Baiklah,tujuan saya memanggil semua pada hari ini kerana ingin memperkenalkan semua dengan architect baru projek ALAM MAJU.Anak lelaki Dato Anwar Khalid sendiri.Silakan masuk.Ahmad Erman.Aku terkesima mendengar nama itu.Tanpa di suruh mata ku terus mengikut arah tangan papa.
Ya memang dia.

Tuesday, December 29, 2009

Setia aku korbankan-2

Malam itu aku mengambil keputusan untuk makan malam di restoran makanan laut berdekatan dengan hotel ku.Aku mengambil tempat di tepi kerana ingin merasakan angin laut di malam hari.Selepas pelayan mengambil pesanan ku aku duduk dan termenung lagi. “Hello,pretty.”tiba-tiba erman muncul entah dari mana.”You buat i terkejut ok erman.Oh my god.”ujar ku sambil menepuk dada ku tanda terkejut.”Sorry sorry.”ujar erman.Belum sempat erman meneruskan kata-kata pelayan restoran itu datang semula ke mejaku.”Ya bang nak makan minum?”tanya pelayan itu.”Apa yang kakak ni makan awak bagi saya juga.”balas erman sambil menyandar.”Erman,jangan main-main kesian adik ni.”protes ku melihat perangai erman.

“Ok ok,adik abang nak apa yang abang cakap tadi.Dah dah pergi masak.”ujar erman sambil tersenyum memandang ku.”So berani u jalan sorang-sorang malam-malam buta ni kan.”tambah erman sambil menekan punat telefon bimbit blackberrynya.”Dah memang i sorang je dekat sini.So i gerak soranglah.”Balas ku sambil memandang pantai yang memang gelap itu.”So what’s your number miss?”erman terus menekan punat blackberrynya.”You nak buat apa?”tanya ku.”I nak bagi dekat adik yang minta order tadi.Tak lah i nak save.Mana tahu dekat KL nanti kita boleh jumpa.You bagi i projek ke.”balas erman sambil tertawa kecil.Aku memberi nombor telefon ku.Dan kami makan malam bersama.Banyak topik yang kami bincangkan termasuklah tentang Irham.

Erman jugalah menemani aku pulang ke bilik hotel.Memang aku tidak nafikan Erman seorang yang peramah.Walaupun suaranya kecil tapi sweet dan romantik.

Setia aku korbankan-1


Aku berjalan menyusuri Pantai Pasir Panjang di Pulau Redang.Sedang aku asyik melihat kecantikan yang Maha Kuasa.Tiba-tiba,telefon bimbit ku berbunyi.”Zareen,sihat?”tanya irham.”Alhamdullilah.How are you?”balas ku lemah.”Alhamdullilah Cuma penat banyak kerja kena buat.Next week dah nak flight.”ujar Irham.”Oh,take care.Ir i’ve got to go.Bye.”sebelum air mata ku merebes keluar lebih baik aku mematikan talian.

Aku berjalan menuju ke arah batu yang tersusun cantik di tepi pantai itu.Aku duduk di atas batu dan merenung ke air laut.”Jauh termenung.”Ujar suara seseorang.Aku menoleh.”Who are you?”tanya ku kurang senang dengan kehadirannya.”Erman.And you?”balasnya.”Zareen.”balas ku pendek.Aku memandang Erman yang duduk di sebelah ku.Orangnya smart,handsome,putih,hidung mancung,muka ada mirip engku emran sedikit.”So,u stay sini?”erman memulakan topic.”Nope,just vacation dekat sini.I stay Kl.and you?”balas ku yang mula senang berbual dengannya.Dengan sifat lembut dan ramahnya.”I orang Kl juga.Kelana Jaya.You working as what?”erman tersenyum.”I kerja i dekat company my dad je.You?”kataku sambil merenung pantai yang membiru.

“I just an architect.And i ada juga buat art design juga.Kadang-kadang I ni angkat gambar orang.”sambil tangan Erman mengeluarkan DSLR di dalam begnya.”You know what muka you macam model.”tambah erman lagi.”Ahh mengarut je you ni.”sambil tanganku menolak lens cameranya.”Alah just one i nak letak dalam devianart i please.”erman separuh merayu.”Ok just one ok.”tangan ku menunjukkan satu.Erman mengangguk dan tersenyum.Selepas dia mengambil gambar ku.Dia minta diri katanya mahu menyelam.’Badan kecil boleh tampung ke gas oksigen tu.’desis hati ku.

Selepas Erman pergi aku kesunyian lagi.Minggu depan Irham akan menyambung tugasnya di Zurich sebagai doktor.Dan aku akan cuba melupakan segala memori aku bersama Irham.

Sunday, December 27, 2009

cinta tak bersyarat-8

Aku cuba membuka mata perlahan-lahan.Kesakitkan di kepalaku terasa seakan mahu pecah kepalaku.Aku melihat sekeliling.Ini bukan bilikku.Aku melihat di satu sudut ada susuk tubuh seorang lelaki sedang merenung luar tingkap.”Joo han.”ujar ku tersekat-sekat.”Na’am,you dah sedar.Alhamdullilah.”balas Johan sambil meluru ke arahku.”Apa yang terjadi?”tanya ku bingung.”You,accident.Kereta i rempuh kereta you.”balas Johan sambil tersenyum.”Sekali lagi ?”bingung aku.”Ye for the second time.You kemana je?Penat i call you.”balas Johan sambil duduk di tepi katil ku.”Safwan tak marah ke you teman i ni?”sinis ku.”Safwan,i dah halau dia masa dekat KLCC hari tu.Lepas you balik,I tanya dia.Dia kata dia dah bagi tahu dah semua pasal sejarah lama i dekat you.”jelas Johan.”I tak kesah johan if you nak dia.Dia kenal you dulu dari i.”balas ku menahan sebak.

“Tapi hati i dah dicuri dengan gadis malang yang dah accident dua kali pasal i.I nak dia tahu dia lah perempuan yang telah membuka hati i untuk menerima seorang wanita dalam hidup i.I janji akan jaga dia sentiasa.Boleh tak you jadi milik i ?”ujar Johan.Aku tidak dapat menahan sebak lagi.Ya tuhan rupanya Johan sudah berubah dan aku harap perubahan johan kali ini memang berkesan.Dan aku mencintai dia juga tuhan.Johan mengengam tangan ku dan dia mencium tangan ku.Aku membalasnya dengan senyuman.

Saturday, December 26, 2009

cinta tak bersyarat-7

Sejak hari itu,hubungan aku dengan Johan bertambah baik.Walaupun kereta kesayangan ku sudah siap di baiki tapi Johan tetap berkeras untuk menghantar aku ke pejabat.Sehingga umi ingat johan itu lelaki istimewa dalam hidupku.Namun jauh di sudut hati ku ada menyimpan sedikit perasaan terhadapnya.Tapi satu hari,ku sangka panas sepanjang jalan tapi hujan di tengah hari.Sedang aku menghabiskan masa dengan Johan pada hari minggu di KLCC.Tanpa di dugi Johan telah bertemu teman lamanya ketika belajar di London.Namanya Safwan.Orang yang memang segak.Tapi aku tidak senang dengan pandangan Safwan terhadap ku.

Ketika Safwan mengikut kami makan di Kelantan Delight di KlCC tempoh hari,dia asyik memandang tajam sahaja apabila Johan melayan ku dengan mesra.”Na’am i nak pergi tandas kejap ye berbuallah dengan Safwan dulu.”ujar Johan sambil bangun dari tempat duduknya.”Dah lama kenal Johan?”pertanyaan itu terpancul dari mulut Safwan.”Adalah dalam sebulan dua.”Balas ku.”I ingat Johan masih macam dulu.Rupanya ada juga perasaan dengan perempuan.”Ujar Safwan sinis.”Apa maksud awak ?”tanya ku.”Dulu Johan tu boyfriend i masa dekat London.Dia tu dulu gay and FYI,i nak u tahu i datang balik dalam hidup johan untuk dapatkan johan dari u faham.I still sayangkan dia.Tiba-tiba,dia dah kawan dengan perempuan .”Balas Safwan sambil menunjuk jari terlunjuknya pada ku.

Aku cuba sabarkan diri ini.”Safwan,bagi tahu Johan selamat bahagia dengan you and yeah jangan cari i lagi.”Balas ku sambil bangun dan keluar dari restoran itu.Balik dari KLCC aku terus mandi dan duduk di dalam bilik makan pun tidak.Entah kenapa,terasa diri ini di tipu oleh Johan.Aku saja buat mood silent pada telefon bimbit ku dan meletaknya di dalam beg.Esoknya aku rasakan kepala aku berat sangat untuk bangun.Aku paksa diri untuk bangun.Walaupun tidak berdaya aku memaksa diri ku untuk ke pejabat.Tapi hari ini aku memandu untuk ke pejabat.Sampai di selekoh yang sama seperti mula-mula aku bertemu dengan Johan tanpa melihat kiri kanan aku terus memecut kereta ku.BANNGGGGG !!!

Selepas itu,aku tidak tahu apa yang terjadi kepada diriku.Dunia ku terasa kelam dan suara lelaki teriak memanggil nama ku.

cinta tak bersyarat-6

Kota metropolitan London,pada akhir tahun memang sejuk.Johan berjalan beriringan dengan Safuan menuju ke rumah sewa mereka.Safuan mengengam tangan Johan dengan erat.Tiba-tiba,Safuan menarik johan ke bawah pokok rendang yang terletak di taman berdekatan dengan laluan mereka tadi."Why ni ?"terkejut johan dengan tindakan Safuan."You sayang i kan?"tanya Safuan tanpa menghiraukan pertanyaan Johan."You almost everyday i cakap benda yang sama dengan you.You tak percaya i lagi ke ?"ujar johan.
Safuan terus memeluk Johan dan johan membalasnya dengan penuh rasa cinta dan sayang.Mereka jalan bersama dan sesampai sahaja dirumah sewa mereka,pintu tidak berkunci.Johan segera masuk kedalam rumah dan dia terkesima seketika apabila terlihat Dato Hanafi dan Datin Safiah bersama adik perempuanya Juliana sedang duduk di atas sofa di ruang tamu dan Datin Safiah terus menangis apabila Johan terlihat di tangan walidnya gambar dia dan safuan sedang bercumbuan di taman.

"Apa dah jadi dengan kamu ni,Sheikh Johan?"jerit dato Hanafi."Wa wa lid,kenapa datang tak bagi tahu?"balas johan tergetar-getar."Kenapa perlu walid bagitahu kamu .Oh supaya kamu boleh sorokkan Muhammad Safuan Abdul Hamid kesayangan kamu tu.Julie bagi walid dairy abang."Balas Dato hanafi tanpa mempedulikan Safuan dan Johan yang sedang mengigil ketakutan."Benarkan walid baca dairi kamu atau kamu yang akan bacanya untuk kami semua?Pilihan kamu."tambah dato hanafi lagi sambil meletakkan dairi milik Johan di atas meja yang memisahkan antara Johan dan Dato hanafi.

Johan diam,"Maknanya kamu mahu walid bacakan untuk kamu ya Sheikh Johan?"herdik Dato hanafi dan mengambil dairi johan itu.Diselak-selak helaian muka surat dairi itu satu .Tiba-tiba jari Dato hanafi berhenti di satu muka surat."Baiklah walid akan bacakan apa yang Johan tulis pada 14 feb 2007.Dan ini boleh menjadi penjelasan kamu berdua"ujar dato Johan.

14.feb.2006.
Hari ni dairi aku bertemu dengan secret admire aku.Rupa-rupanya dia lelaki.Namanya Safuan.Pleajar dari malaysia.Mukanya memang handsome dan bisa membuatkan jiwa lelaki ku bergoyang.Dia memang baik.melayan aku dengan penuh kasih sayang.Dairi aku telah jatuh cinta dengan dia.

Dato hanafi menarik nafas seketika dan datin Safiah menangis sambil memeluk Juliana.

14 feb 2007
Dairi hari ini masuk setahun aku dan safuan bercinta dan safuan akan berpindah ke rumah sewa ku hari ni.Aku tahu pasti selepas ini hari-hari ku akan berwarna-warna kerana adanya kekasih hati menemani.Tapi walid dan umi tidak tahu lagi pasal ni rasa bersalah pula,tapi aku sayang safuan.

Dato hanafi menutup dairi Johan."Ini yang kamu balas kepada walid dan umi setelah 24 tahun kamu hidup di dunia?"Tanya dato hanafi."Maafkan Johan walid,umi.Johan berdosa."Ujar johan sambil melutut."Sudah walid tidak mahu mendengar apa-apa lagi dari kamu.Kamu berkemas sekarang.Walid akan tukarkan kamu ke IPTS atau IPTA di malaysia.Kamu pula Safuan,saya benarkan kamu tinggal disini sehingga tamat pengajian kamu.Tapi saya minta tolong jangan hubungi Johan lagi."Ujar Dato hanafi keras.

Selepas kejadian itu,Johan berlajar di IPTA di malaysia dan tidak berhubung dengan Safuan.Dan sedikit demi sedikit Johan telah berubah dan Dato Hanafi berharap agar perubahan ini berkekalan.


cinta tak bersyarat-5

Sampai sahaja di hadapan restoran Eden di Bukit Bintang jantung ku berdebar-debar.Johan membuka pintu kereta untukku dan aku keluar tanpa melihat jalan aku hampir tersungkur.Selamat Johan ada dan sempat memengang lengang ku.Tika itu mata ku dan matanya bertentangan.Seakan berhenti seketika denyut nadiku.Tuppp! aku sedar dari lamunan.

Aku berjalan beriringan bersama Johan.Di hadapan pintu masuk restoran itu ada seorang wanita sedang berdiri dan memandang ke arah Johan dengan pandangan yang mengoda.Aku mengeleng kepala.Johan terus masuk kedalam restoran itu dan menuju kearah meja yang terletak bersebelahan dengan tingkap.Di meja itu ada dua orang sedang duduk dan bercerita ada sekejap aku melihat mereka ketawa.Oh itu dia orang tua Johan.

"Assalamualaikum,Umi,Walid."ujar johan sambil bersalam dengan ibu bapanya.Aku tersenyum dan giliran aku pula bersalam dengan mereka tapi aku hormat bapa Johan aku cuma senyum apabila johan memperkenalkan aku dengan bapanya."So Na'am jumpa Johan masa eccident tempoh harilah yah.Amboi anak umi baru beberapa hari dah bawa jumpa umi ni ada apa-apa ke ?"ujar Datin Safiah memulakan perbualan.Aku yang sedang menikmati makanan terus berhenti mengunyah.

"Umi johan saja je bawa Na'am jumpa umi.Nak umi tahu kereta adik kemek sebab Johan langgar orang bukan johan langgar sendiri."ujar Johan panjang lebar."Sebenarnya Na'am,kereta MYVI tu kepunyaan adik Johan,Jihan.Sekarang dia futher study dekat King Collage,London."Ujar Dato Hanafi sambil tersenyum memandang ku."Tak apa dato,datin kereta saya dalam proses nak baiki tu.Insyallah siaplah nanti.Terima Kasih juga pada En.Johan kerena bertanggungjawab."Balas ku."Tak payah berdatin-datin,panggil Umi,walid,Johan.kan senang."mesra datin Safiah.

Tidak ku nafikan bahawa keluarga Johan memang baik.Mereka melayan ku seperti sudah 10 tahun mengenaliku.Johan menghantar aku pulang dan sepanjang perjalanan banyak perkara yang diperkatakan.Al-maklumlah dah mesra sedikit.

Dalam masa yang sama ,di dalam kereta Dato Hanafi dan Datin Safiah."Baikkan bang,na'am tu.Muka cantik,bersih."ujar Datin Safiah."Yelah abang berkenan dengan dia.Tapi kalau betullah hubungan mereka lebih daripada sahabat nak ke Na'am terima kisah lalu Johan?"balas Dato Hanafi yang terkenang kisah lalu Johan.

Friday, December 25, 2009

cinta tak bersyarat-4

Hari sabtu yang di janjikan ,aku memilih untuk memakai kebaya nyonya berwarna ungu dan tudung berwarna sedondon.Aku menunggu Johan di hadapan rumah dengan penuh sabar.Dalam 15 minit kemudian,sebuah kereta Mercedes CLK bewarna hitam berhenti dihadapan ku.Johan turun dan membukan pintu untukku.Tidak ku nafikan malam ini Johan kelihatan teramat segak dengan kemeja-T Polo dan seluar jeans yang berjenama.

Dalam perjalanan,aku banyak berdiam dan terbuai dengan ke asyikan lagu Mawi dan Diana danielle.'Jiwang juga mamat ni'getus hati ku."Erk,diam je Cik Na'am.Tak selesa ke dengan saya?"Johan memulakan bicara."Eh,taklah cuma saya kemuskilan siapa yang En.Johan nak kenalkan dengan saya ni?"balas ku sambil memandang ke arah muka tenang di sebelahku."My parent."jawab Johan tenang."What,your parent?Are you mad or something wrong?"terkejut aku dibuatnya."Taklah betullah.I nak parent i tahu yang i dah berkawan dengan seorang perempuan cantik."balas Johan sambil tersenyum.

Aku merasa tidak selesa dengan hal ini aku terus diam sambil mengigit bibir."Jangan di gigit bibir tu lama-lama nanti berdarah,saya juga susah."usik Johan.Aku terus menjeling tajam.

Saturday, December 19, 2009

cinta tak bersyarat-3

Balik dari office,aku terus menelefon mekanik yang membaiki kereta ku."Bila boleh siap ye cik?"tanya ku."Insyallah 3 hari lagi.Kemek ni nak kena ketuk"balas mekanik itu.Ni nak suruh Abang Long hantarlah ni.Malas aku naik teksi.Aku mencapai tas tangan ku dan mengeluarkan kad Johan.Syed Johan Al Hanif.Nama sedap orang handsome.Sah dah ada girl ni.Getus ku didalam hati.Tut tut tut.

"Hello,"suara romantis Johan di hujung talian."Hello,Encik Johan."ujar ku tersekat-sekat."Ya cik,na'am boleh saya bantu?"balas Johan.terkesima aku sebentar.'Macam mana dia tahu ni aku.' "Encik,kereta saya lagi 3 hari baru siap dan duit 2000 tu ada bakinya 1000.Boleh kita jumpa saya nak pulangkan semula."aku cuba berterus-terang."Baiklah kalau cik na'am masih berkeras mahu pulangkan.Rumah cik na'am di mana ya?"tanya Johan."Ada baiknya kita bertemu dia luar sahajakan."balas ku."Baiklah sabtu ni.Sudi keluar makan malam bersama saya?"ujar Johan."Keluar makan malam?Berdua?"tanya ku balik."Tidak,berempat nanti saya beritahu siapa lagi 2 orang tu ya."balas Johan dan click dia meletakkan telefonnya.

Ya tuhan kuatkan hati ku jika dia mahu perkenalkan aku dengan isteri dan anaknya atau tunangnya,atau kekasih hatinya.Kerana aku tidak mahu di gelar perampas.

Thursday, December 3, 2009

cinta tak bersyarat-2

Waktu makan siang aku mengambil keputusan untuk makan bersama Kak Hanim."Na'am teruk ke kereta you ?"tanya Kak Hanim sambil menyisip air teo ais limaunya."Teruk tu tak de lah tapi kemeknya tu minta ampunlah kak."balas ku sambil membuang pandangan ke luar restoran makanan melayu itu.Tiba-tiba mata ku terpandang tepat pada susuk tubuh seseorang.Ahh aku terus mengalih pandangan.Kenapalah muka mamat yang sama je yang aku nampak.

Setelah habis waktu makan siang aku dan Kak Hanim bergegas pulang ke pejabat.Tiba-tiba pengarah kami menelefon dan mengatakan meeting yang seharusnya pagi tadi akan berlangsung pada pukul 3.Sampai sahaja di pejabat aku terus masuk ke dalam bilik mesyuarat.Aku terkejut apabila melihat jejaka yang melanggar kereta ku tadi."Ouh ya na'am ini en.johan.Dia yang patut kita jumpa pagi tadi."encik haris memberi penerangan.Johan ya.Dengan berpakaian cuba kemeja dan seluar slack memang Johan kelihatan kacak.

Mesyuarat berjalan dengan lancar dan apabila selesai semua Johan memanggil ku."Pasal kereta awak tu.Nah cek ni."ujar johan sambil tersenyum memandang ku.RM 2000 tertulis di dalam cek itu."Erk en.johan jumlah ni banyak sangat."Ujar ku tersekat-sekat."Tak apa,nanti saya langgar awak lagi boleh cover kan."balas johan sambil tergelak kecil.Ya allah gentlementnya dia .

Wednesday, December 2, 2009

cinta tak bersyarat-1

Derita yang kau tanggung
bila cinta tak berhubung
tak perlu nak disanjung
kerna jiwa kosong
usah duduk termenung
usah asyik dilambung
ini bukan omong kosong
takkan ku biar lohong
biarkan ia terlopong
biar ku sambung
cinta mu yang dibohong

Berirama lagu Diddy Hirdy di bibirku.Aku memang meminati lagu-lagu Diddy Hirdy kerana suara jantanya.Aku terus melilit tudung ku dan mencalit sedikit lipgloss di bibir mungil ku.Setelah puas dengan penampilan ku aku terus turun ke bawah.Umi sedang menyediakan sarapan."Umi hari ni Na'am pergi office awal ye ade meeting."ujar ku sambil mengucup pipi Umi ku.

Aku memandu dengan tenang tapi sampai di satu selekoh ada satu kereta MYVI berwarna merah dengan lajunya tanpa melihat kereta ku yang mahu keluar dari jalan itu terus merempuh kereta VIOS kesayangan ku.DUMMMM! Aku terus keluar dari kereta ku.

"Ya allah,awak ni memandu ke buat pelumbaan?Kalau rasa-rasa nak buat perlumbaan pergi lumba dekat litar."gerkah ku kepada pemandu kereta MYVI itu."Ya allah maafkan saya,saya nak cepat ni.Ni kad saya nanti kita meet dekat mana-mana ke."Ujarnya sambil memberi kad contactnya dan terus memecut kereta.Aku dah lah nak cepat dia boleh blah macam tu je.Aku terus menelefon mekanik memletakkan kereta di tepi jalan supaya tidak menganggu lalu lintas.

Dengan menaiki teksi aku ke pejabat."Kak Hanim client kita dah sampai?"tanya ku tercungap-cungap."Sampai apanya Na'am cancel meeting tu sebab boss dia ada hal emergency."balas Kak Hanim sambil mengeluh."Ya allah penatlah saya rush dari rumah sampai excident last-last cancel."Merungut aku sendiri.Aku masuk kedalam bilikku.Nampaknya hari ni tiada banyak kerja kerana meeting tadi di batalkan.Jadi,aku menghabiskan masa dengan melayari lelaman ilmiah dan menambahkan ilmu ku .

AKU BUKAN ORANG SUCI-end

Bunga kemboja jatuh di atas pusara Julie.Aku duduk berteleku di atas tikar dan menangis sendiri di pusara Julie.Kenapa kau pula yang meninggalkan aku Julie.Mula-mula M sekarang kau apa salah ku ya tuhan mungkin kerana dosa ku yang terdahulu.Ya tuhan aku mahu kembali ke jalan mu dan berikanlah aku peluang ke dua untuk bertaubat.

Aku pulang ke rumah dan mengemas semua barang-barang kenangan aku bersama julie dan ku simpan ia kemas didalam kotak.Esoknya aku pergi ke pantai Morib dan ku hanyutkan segala barang kenangan aku bersama Julie.Pergilah sayang,aku doakan kau bahagia di sana dan tenang di Jannah kelak.Ini adalah hari terakhir aku menjadi Lisa yang pernah kau kenal esok aku akan berubah menjadi Lisa yang baru Lisa yang cuba menerima Qada dan qadar tuhan.

AKU BUKAN ORANG SUCI-3

Sekarang sudah 2 minggu aku tidak mendengar khabar dari M .Perasaan rindu yang datang ku tepis dan cuba membuat diriku gembira.Hari ini,selepas pulang dari kerja aku mengambil keputusan untuk bertemu dengan kakak sulong ku di KLCC.Dome menjadi pilihan kami."Hah,Lisa apa mimpi nak jumpa kakak ni?"tanya kak long yang kelihatan semakin cantik selepas berkahwin."Kak,tolong Lisa carikan boyfriend boleh tak?"balas ku tersekat-sekat."Aik,orang secantik Lisa ni tak de boyfriend tak percayalah Kak Long."kak long pelik."Lisa tak retilah kak long.

Kak Long bersetuju untuk mencarikan aku boyfriend.Selepas bertemu kak long aku berjalan-jalan di dalam suria KLCC."Lisa?"Tegur seseorang.Aku menoleh."Soraya."Aku tersenyum lalu memeluk teman rapat M."Eh,Lisa u dah dapat kad kahwin i ?"Tanya Soraya."Kahwin?so fast?dengan siapa ?"balas ku agak terkejut."Dengan orang yang you kenal.M."Ujar Soraya sambil menghulurkan kad perkahwinannya.Aku terkesima.Sekejapnya dia dapat melupakan aku.Aku terus meminta diri dan pulang.

Sampai sahaja di rumah aku terus membuka air shower dan berdiri di bawahnya.Aku menangis sepuas-puasnya.M dialah lelaki pertama yang telah mengetuk pintu hatiku.Selepas mandi aku terus berehat di atas sofa dan menonton berita.Dan berita itu telah membuatkan aku terkejut dan air mata ku dengan sendirinya merebis keluar tanpa di suruh.

'PESAWAT MAS YANG MEMBAWA PENUMPANG DARI MALAYSIA KE VIETNAM TERHEMPAS DI TENGAH-TENGAH PERJALANAN DAN HAMPIR KESEMUA PENUMPANG DIDALAM PESAWAT MAUT BERSAMA JURUTERBANGNYA YANG BERNAMA NUR JULIEANA JONSONS BT FIRDAUS JONSONS ABDULLAH.'
Di saat itu dunia ku bagaikan berputar dan aku dapat merasakan semuanya hitam.

Tuesday, December 1, 2009

AKU BUKAN ORANG SUCI-2

Balik dari makan malam itu aku terus masuk ke dalam bilik malas hendak melayan Julie yang sedang merokok di beranda apartment.Aku terus menghadap lap top dan membuka folder gambar aku dengan M yang ku sorok dengan kemas kerana tidak mahu Julie tahu.Hampir merebes air mata ku keluar apabila melihat gambar-gambar aku bersama M tempoh hari ketika hari jadi M.Memang tidak ku nafikan M menang kacak dan menarik.Jika berjalan dengan M setiap perempuan memandangnya dua kali.

Aku membuka email dan berniat untuk menghantar email kepada M.Aku menulis email itu dengan perasaan yang amat sakit bagaikan dihiris sembilu dan air mata ku tidak berhenti mengalir.Hujan di luar seakan memahami yang aku sedang murung.


M,
Ketika kau membaca email ini mungkin kau juga akan merasakan apa yang aku rasa sekarang.Aku rasa cukuplah sampai disini hubungan kita.Maafkan aku bukan niat ku untuk datang dan mengetuk pintu hatimu.Aku ingin membuat satu pengakuan kepada dirimu.Sebenarnya di sebalik senyum ku terselit satu rahsia yang akan membuatkan dirimu merasa jijik pada diri ku.M aku tidak pernah merasakan kasih sayang lelaki.Selepas arwah ayah meninggal aku terus belajar sehingga aku dapat menjawat jawatan sebegitu.Dan selama aku belajar emak lah yang selalu memberi aku semangat.3 tahun lepas aku bertemu dengan Julie ketika aku turun pesawat dari London.Semua ini terjadi dengan secara tidak sengaja.Kami berhubung dan semakin hari aku di goda oleh Julie.Dan perasaan lain mula timbul.Kami mengikat perhubungan kasih tahun lepas dan sehingga sekarang kami masih berhubungan dan kami tinggal sebumbung.Kau fahamkan M apa maksud ku.Ye aku menyukai kaum sejenis dengan nama lain LESBIAN.Maafkan aku M perasaan sayang aku terhadap mu telah bercambah sebagai mana perasaan aku kepada Julie.Tapi aku terpaksa memilih Julie.Maafkan aku kesekian kalinya.Mulai saat ini tak usahlah kau mencari aku lagi.Buatlah aku tidak pernah wujud didalam dunia mu.Biarkan aku undur diri dari kehidupan mu.Wasalam .
Nur Karlisa

AKU BUKAN ORANG SUCI-1

Aku berjalan seorang diri menyusuri kota raya Kuala Lumpur.Di tanganku sarat beg kertas.Al maklumlah baru dapat duit shoppinglah apa lagi.Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering."Lisa.you pergi mana one whole day i call you tak dapat why ?"gerkah suara M."Sorry i baru je balik dari Pavillion.Shopping."Ujar ku sambil menahan teksi."Alone?"tanya M lagi."Ya im alone.Dont worry."balas ku sambil click menekan punat merah di telefon bimbit ku.

"Uncle,Jalan U tarn boleh."ujar ku kepada pemandu teksi itu.Sampai sahaja di hadapan apartment ku aku turun dan membayar duit teksi.Aku naik ke apartment dan melihat apartment tidak berkunci.Aku tersenyum."Julie."Ujar ku perlahan."Ye sayang,im back."Ujar Julie yang baru sahaja mandi .Aku memeluk Julie dan kami duduk di atas sofa di ruang tamu sambil menonton drama di kaca televisyen."Julie.i miss you a lot."ujar ku sambil membelai-belai rambutnya."Me too sorry i kena flight jauh-jauh pula tu.Kesian you tinggal seorang di rumah.So boss you yang gatal tu kacau you lagi tak?"ujar julie yang bertugas sebagai juruterbang dan aku pula setiausaha di syarikat terkemuka di ibu kota.

"Ohh dia dah tak kacau i dah."Ujar ku.Cupp* satu kucupan hinggap di pipiku."I love you.Do you know that?"ujar julie manja.Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi."Julie kejap.:Ujar ku sambil masuk ke dalam bilik."Hello,M please call me next time im busy."ujar ku separuh berbisik.Aku terus menoleh mahu keluar dari bilik."So who's M?"tanya Julie dengan pandangan tajam.Aku terdiam."Lisa answer me."Teriak Julie."My friend."Balas ku acuh tak acuh."A guy aite.Lisa please jangan nak sembunyi dari i M adalah seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang doktor Gigi yang merawat you 3 minggu lepaskan?"ujar julie.

"I nak u putuskan hubungan you dengan M kalau tidak nasib dia sama dengan nasib bos you tu."ujar julie ketika makan malam di restoran berputar menara Kuala Lumpur.Aku terkenang nasib Tuan Romzi kata Nana teman sepejabat ku habis keretanya di pecahkan di tambah pula di pukul sehingga patah liuk beliau dibuatnya.Semua ini akibat kes cemburu Julie.